Bismillahir Rahmanir Rahim

Di video ini, seorang mureed Seyh Abdul Kerim menceritakan mimpi beliau kepada Seyh Mevlana. Mimpi itu kemudian ditafsir sendiri oleh Seyh Mevlana. Seyh Mevlana membuka rahsia martabat dan makam sebenar Seyh Abdul Kerim.

Perbualan di dalam video ini

Seyh Abdul Kerim: Tuanku, dia (menunjukan ke arah mureed) hendak menyalam tangan mu dan ingin menceritakan mimpi dia sebelum dia pulang

Mureed: Tuanku, di dalam mimpi itu kami semua terperangkap di dalam sebuah gudang. mereka menembak kearah kami dari luar.

Seyh Mevlana: Siapa lagi berada di dalam (gudang)?

Mureed: Ada beberapa orang yang saya rasa saya kenal tetapi tidak dapat mengecamkan wajah mereka. Yang berada di dalam adalah dari kami dan yang berada diluar sedang cuba membunuh kami. kemudian, Seyh ku (Seyh Abdul Kerim) datang dan mengambil tangan kami. Beliau membuat satu bulatan dan dengan bulatan itu, beliau mengangkat kami ke langit. Beliau membawa kami keluar dan menyelamatkan kami. Sesudah itu, kami sedang duduk bersama 100 orang di dalam satu formasi bulan sabit;Seyh Kami sedang suduk di sebuah takhta yang tinggi. saya duduk menghadap beliau di hadapan dan beliau memuji saudara saudara yang sedang duduk di hadapan.

Mureed:Tuanku, Seyh Abdul Kerim mempunyai sebilah pedang ditangannya. beliau menghunuskan pedang itu separuh dari sarungnya dan kelihatan tulisan kaligrafi arab keemasan terukir diperdang itu. saya tidak dapat membaca ukiran itu dan sejenak kemudian saya tersedar

Seyh Mevlana: Malam semalam?

Mureed:Sultanku, mimpi itu 3-4 malam yang lalu

Seyh Mevlana: Ini mimpi yang baik. Insya Allah, ini adalah bukti akan khidmat Seyh Abdul Kerim. Beliau akan menjadi Sahib-ul Saif ; beliaulah Pemilik Pedang (sebuah Makam yang tinggi)

Seyh Mevlana: Ia adalah bukti bahawa beliau akan diberikan kekuasaan dan kuasa untuk menghampuskan penentang Islam dan kebenaran. Beliau akan berkhidmat apabila Imam Mahdi A.S. tiba.Sangat bagus sekali. Akan ada ramai lelaki yang bersifat garang dan tegas yang akan dilantik untuk mengikutinya

Seyh Mevlana: Seyh Abdul Kerim ada tanggung jawab yang besar.Moga Allah memberinya lebih dari apa yang telah diberikan-Nya. Sekarang beliau harus menternak/memelihara haiwan, tetapi apa bila saatnya tiba, tanggung jawab beliau adalah sesuatu yang lain. Beliau tidak akan berurusan dengan haiwan lagi