Bismillahir Rahmanir Rahim

Baru-baru ini ada beberapa video dari Michigan yang dimuat naik menyerang Seyh Abdul Kerim dan Dergah Osmanli secara terbuka. Mereka mendakwa bahawa Seyh Abdul Kerim membuka sebuah Dergah bersebelahan dergah Seyh Mevlana dan berpendapat bahawa ini adalah perbuatan biadab dan tidak masuk akal.

Kegilaan sebenar adalah dengan berpendapat bahawa Seyh Abdul Kerim Effendi akan atau boleh melakukan apa saja (terutama di Lefke) tanpa arahan dan bimbingan eksplisit Seyh Mevlana Nazim.

Mevlana dengan khusus mengginginkan sebuah Dergah dibuka dan dijalankan sesuai dengan tradisi dan cara Uthmaniyyah/Osmanli di Cyprus.

Inilah yang diperintahkan keatas Seyh Abdul Kerim, dan itulah yang dilakukannya.

Ini merupakan lanjutan dari pesannya pada tahun 2008 di mana Mevlana memerintahkan Seyh Abdul Kerim untuk bekerja dikawasan Mevlana.

Mereka juga berkata Seyh Effendi tidak bersolat di dergah (dergah Seyh Mevlana) akan tetapi bersolat di tempat lain. Tentu saja dia pergi ke tempat lain.

Orang-orang yang belum pernah ke Cyprus akan terpedaya. Dergah di sebelah rumah Mevlana sendiri jarang sekali dikunjung Mevlana. Bahkan, berberapa kali Seyh Mevlana bersolat disisi Seyh Abdul Kerim di masjid-masjid yang dikunjungi Seyh Abdul Kerim .

Bilakah kali terakihr Khutbah Jumaat disampaikan sendiri oleh Seyh Mevlana?

Inging melihat gambar yang mereka menyatakan bahawa Seyh Efendi ‘tidak bersolat di Dergah’?

Sekarang kita sendiri dapat melihat bahawa Mevlana jarang ke dergah bersebelahan rumahnya akan tetapi mengunjung Osmanli Dergah untuk merasmikannya sendiri.

Bukankah tidak masuk akal untuk berfikir bahawa Mevlana akan melawati tempat seperti ini jika bukan keinginannya?

Malah, lihatlah sendiri! Seyh Mevlana berdoa dan memberkahi Osmanli Dergah.

http://www.yursil.com/blog/2010/03/sheykh-mevlana-new-dergah-cyprus/

Atau anda berfikir bahawa Wali Allah memperbodohkan anda (Hasha Astahgfirulllah)? Ini adalah mesej yang jelas bahawa dergah dibuka dan dirasmikan oleh Seyh Mevlana. Kemudian mereka menebak-nebak Seyh Mevlana dengan mengatakan bahawa dia sedang bersabar dengan orang-orang yang melakukan pekerjaan di sekelilingnya. Ini adalah petanda penyakit dalaman (rohani).

Dalam dunia mereka yang dibangunkan atas dasar khayalan mereka sendiri, mereka berpendapat bahawa apa yang Mevlana lakukan adalah sebaliknya dari apa yang diinginkan. Maka mereka berpendapat bahawa Mevlana tidak menginginkan sebuah Dergah, dia membukanya sebagai satu permainan/lakonan!

Dinyatakan di halaman mereka: “Presiden Cyprus mengunjungi dan mereka (Osmanli Naksibendi) telah membajak dan mencegah SUFILIVE dari menyiarkan peristawa penting itu.Mereka juga tidak boleh mengatakan bahawa perjumpaan itu sebagai peribadi kerana mereka( Osmanli Naksibendi) sendiri menyiarkannya. ”

Mereka kecewa kerana Presiden Cyprus mengunjungi dan mereka tidak akan dapat menyiarkannya. Seperti dalam sejarah kami, mereka sering menentang dengan tegas apabila ia berkaitan dengan politik dan keuntungan.Mungkinkah Mevlana ingin member sohbet secara langsung tanpa mempunyai mesej disebaliknya?

Insya Allah Osmanli Dergah ini akan berjaya/sukses kerana berkat doa Seyh Mevlana dan keizinan beliau.

Banyak orang akan membantu dalam usaha ini, termasuk Cafer Iskenderoglu.

Sebagai peringatan buat semua dan juga diri kami, tidakkah Seyh Efendi telah memenuhi kriteria Hadith Rasulullah (SAW) yang bermaksud,” Perbanyaklah zikir hingga dituduh gila” (Ahmed, Abu Ya’la, Ibn Habbaan)