BismillahirRahmanirRahim

BERIKAN PENGHORMATAN YANG SEWAJARNYA PADA BULAN RASULULLAH (SWS)

Khutbah Jumaat yang telah disampaikan oleh Sheykh Abdul Kerim al-Hakkani al-Kibrisi

Jumaat 10 Rabi-ul Awwal, 1430
March 6, 2009-08-22
Osmanli Naksibendi Hakkani Dergah, Siddiki Center, New York

Auzu Billahi Min ash-shaytanir rajim
Bismillahir Rahmanir Rahim
Medet Ya Seyyidi Sultanul Awliya, Medet.

Alhamdullilah, astaghfirullah, astaghfirullah wa atubu ilaih. Bersyukur kami kepada Allah subhana wa ta’ala di atas kurniaan hidup ini serta menjadikan kami diantara golongan hambanya yang beriman dan juga memanjangkan jangka usia kami hingga menemui hari ini. Semoga kita mengerti nilai kehidupan yang sebenarnya. Manusia, pada kurun ke 21 ini, hilang arah tujuan mereka. Tiada sesiapa yang bahagia dengan apa yang mereka miliki. Mengapakah begitu? Kerana mereka menempatkan ego mereka di kedudukan yang paling tinggi. Tiada sebab yang lain. Sekiranya kamu merupakan seorang hamba Allah, maka kamu harus dapat mengatasi ego kamu itu. Jika kamu memuja ego kamu maka pengakuan kamu sebagai seorang hamba Allah adalah satu penipuan semata.

Begitulah keadaan manusia kurun ke 21. Keadaan yang amat huru-hara. Mereka bersujud, tetapi sujud mereka hanya terhadap keegoan sendiri, bukan kepada tuhan mereka. Mereka tidak akan dapat menemui ketenangan dalam hidup ini disebabkan sikap sombong dan angkuh. Hanya segilintir manusia yang terkecuali dari keadaan huru-hara di masa kini. Tetapi itupun mereka tidak begitu gembira kerana mereka melihat bahawa Allah subhana wa ta’ala telah mengurniakan segala-galanya kepada anak-anak Adam (as). Mereka tidak berpuas hati terhadap perkara ini. Maka oleh itu, mereka juga tidak merasa gembira. Mereka tidak dapat berdiri di kehadirat Illahi sambil mengatakan, ‘Terima kasih Ya Rabbi. Kami mengabdikan diri kepadamu.’ Mereka hanya merungut. Allah subhana wa ta’ala berfirman, ‘Mereka tidak berpuas hati dengan saya? Baiklah.’ Beliau bertanyakan kepada malaikat yang bertugas di waktu pagi, ‘Apakah yang sedang hamba saya lakukan?’

‘Hamba? Di mana mereka? Semuanya sedang tidur.’

‘Jadi mereka tidak memerlukan apa-apa dari saya? Baiklah.’

Di waktu petang, masuknya waktu Maghrib, Allah subhana wa ta’ala bertanya lagi kepada Malaikat.

‘Apakah yang sedang hamba saya lakukan? Apakah permintaan mereka?’

‘Kami tidak menemui mereka Ya Rabbi.’

‘Hmm. Tiada Hamba.’

Terdapat ramai orang di masjid-masjid. Tetapi mereka bukanlah hamba. Mereka tidak memberikan sebarang pengabdian. Mereka hanya berabdi kepada ego sendiri.

Alhamdulillah. Anak-anak Adam (as), jika mereka terpesong dari jalan yang benar, dari permulaan zaman Adam (as) hingga ke rasulnya yang terakhir (sws), Allah ta’ala dengan segala belas ikhsannya sentiasa mengutuskan rasul kepada mereka. Dan rasul itu telah diutus untuk memberi mereka petunjuk ke jalan yang benar, memberi bimbingan serta menasihati mereka untuk melakukan yang sewajarnya agar dapat kembali ke pangkal jalan. ‘Eh. Seorang Rasul baru telah datang’, mereka semua berlari kepadanya. Beberapa hari kemudian, mereka melarikan diri daripada Rasul itu untuk kembali melayani ego masing-masing. Yang kekal hanya segelintir orang. Yang lain telah berbalik kepada ego mereka untuk terus merana dalam kehidupan yang sia-sia belaka.

Rahmat serta belas ikhsan Allah subhana wa ta’ala sentiasa dihulurkan dari masa ke semasa. 124,000 para nabi telah diutus. Jangan kamu fikir bahawa beberapa perkara telah berubah, iaitu manusia di kurun ke 21 ini memilik empat kaki, dua kepala dan empat tangan. Tidak. Mereka hanya bertambah angkuh, degil dan lebih jahil. Tiada lagi perkara yang telah berubah selain daripada itu.

1400 tahun yang lalu, di waktu umat manusia sedang terjerumus di lembah kesesatan dan kegelapan, Allah subhana wa taala telah mengutuskan rasulnya yang terakhir, penutup bagi sekian para rasul. Seorang lagi rasul telah Allah utuskan kepada manusia seraya dia berkata, “Ikutilah jalan yang dilalui oleh rasul ini dan keluarlah kamu dari kekusutan yang menyeliputi hidup kamu itu.” Begitulah tugas yang dipikul oleh setiap utusan Allah. Untuk membimbing manusia yang telah hilang arah tujuan mereka agar kembali ke jalan yang lurus. Pada waktu itu, terdapat hanya segelintir manusia yang berkejaran untuk bersama rasul itu. Lambat laun, ia berkembang ke seluruh pelusuk dunia, di timur, barat, selatan dan utara. Seluruh dunia tahu dan dengar ajaran yang disampaikan oleh rasul ini. Ada yang menerima, dan ada pula yang menolak. Mereka yang menolak, bertindak demikian atas desakkan ego masing-masing. Tiada sebab lain. Ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah (sws) tidak bersesuaian dengan ego mereka. Mereka tetap inginkan jalan keluar dari kekusutan yang dihadapi. Tetapi dengan cara yang tersendiri. Cara yang ditetapkan oleh keinginan ego. Malangnya, cara sedemikian tidak membuahkan sebarang hasil.

Maka Allah subhana wa ta’ala mengambil semula rasulnya itu daripada muka bumi ini sambil berpesan, ‘Ini adalah utusanku yang terakhir. Tiada lagi Rasul yang akan diutus selepas ini hingga ke hari kebangkitan. Sekiranya ia akan berlaku dalam masa setahun ataupun sebilion tahun kemudian, rasul yang seterusnya tidak diperlukan. Barang sesiapa yang ingin menemui jalan yang benar, berpegang teguhlah kepada Rasulullah (s.a.w).’

Eh, satu setengah bilion umat Islam. Mereka seharusnya berada di jalan yang lurus. Malangnya tidak. Ini kerana mereka telah meninggalkan ajaran Rasulullah (s.a.w). Ada di antara mereka yang mengakui bahawa hidup mereka itu hanya untuk Allah. Mereka menyintai dan mentaati Allah. Satu setengan bilion umat islam juga mengakui bahawa mereka menyintai dan mentaati Allah. Terdapat ramai lagi yang mengakui, ‘Aku cinta kepada Allah dan Rasulnya (sws)’ Justeru? Apa masalahnya? Sekiranya kamu menyintai Allah dan Rasulnya (sws) dan kamu mentaati perintah mereka, apakah masalah sebenarnya? Di manakah masalahnya? Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Sudah semestinya. Seperti yang telah dikatakan, manusia pada masa ini dibebani masalah yang tiada kesudahan. Bagaimana mungkin kamu mengakui bahawa kamu telah mencontohi Rasulullah (sws)? Huh, terdapat sesuatu yang tidak kena di sini. Apakah kamu fikir Allah telah menyatakan sesuatu yang tidak benar? Hasha astargfirullah. Ataupun rasulnya itu yang telah memberi kenyataan yang palsu? Tentu sekali tidak. Siapa sebenarnya yang salah? KAMU. Kami semua bersalah kerana melakukan segalanya mengikut ketentuan ego. Dan seraya mengakui, ‘ Saya menuruti ajaran Rasulullah (sws) tetapi saya tetap akan melakukan dengan sewenangnya apa yang saya inginkan.’ Tidak. Ini tidak boleh terjadi. Maka Allah s.w.t menghantar Rasulnya. Gaya hidupnya telah sampai ke pengetahuan kami semua untuk difahami dan dihayati sambil diterapkan ke dalam kehidupan seharian kita . Jika tidak, kita tidak akan menemui keselamatan dan ketenangan hidup di dunia. Sekiranya kamu tidak menemui keselamatan dan ketenangan di dunia, apakah kamu fikir kamu akan dapat menemuinya di dalam kubur? Azab dan bencana yang sedang menanti di dalam kubur itu.

Sekali lagi, ego merupakan punca bagi seluruh masalah. Manusia berkata ‘semua perkara harus berlaku menurut kehendak saya’. Tidak. Perkara itu tidak akan berlaku menurut kehendak kamu. Sama ada kamu ingin menerima hakikat ini atau tidak, setiap perkara itu hanya akan berlaku mengikut penentuan Allah s.w.t. Sekiranya dunia ini tidak lagi dihuni oleh seorang pun hamba yang beriman, setiap perkara itu akan tetap berlaku dengan cara yang telah Allah tentukan. Bukan dengan cara yang diingini oleh makhluk ciptaannya.

Allah masih lagi melimpahkan rahmat serta ikhsannya kepada umat islam yang sedang leka dan lalai ini. Beliau malah telah mengkhususkan hari-hari yang istimewa pada setiap tahun. Beliau berkata, ‘ bagi mereka yang telah menyimpang dari jalan yang benar, berpeganglah kepada hari-hari yang istimewa ini. Lakukan sesuatu yang berlebihan pada hari yang telah dikhususkan ini nescaya kamu akan menemui semula ketenangan hidup.’ Sekarang ini kita berada di dalam bulan yang mulia, iaitu bulan kelahiran junjungan besar kita Rasulullah (sws). Bukan setakat umat Islam malah seluruh dunia harus meraikannya . Kehadiran baginda Rasulullah(sws) telah mampu menyelamatkan dunia ini dari dibelenggui kekusutan yang berpanjangan. Baginda telah menetapkan arah tujuan di dunia ini. Kaum wanita hanya tahu untuk berlari di jalanan sambil berteriak, ‘ Kami inginkan hak wanita!’ Siapakah yang memberi kamu hak wanita? Rasulullah (sws). Semua kaum wanita seharusnya berebut-rebut untuk meraikan kelahiran baginda Rasulullah (sws). Hamba abdi. Eh, manusia sekarang ini semuanya menjadi hamba abdi. Hamba kepada Yahudi, kepada kad kredit mereka. Keluarlah dari pengabdian itu. Baginda Rasulullah (sws) bersabda kepada kami semua, ‘Sekiranya terdapat sesuatu yang perlu untuk dibeli, dan kamu berkemampuan untuk membelinya, teruskan dengan niat kamu untuk membeli. Tetapi, jika kamu tidak berkemampuan, maka batalkan niat kamu itu. Jangan kamu berhutang demi untuk memiliki barang tersebut. Dari seorang yang berusia tujuh tahun hingga ke tujuh puluh tahun, mereka semua tenggelam ke dalam gejala buruk ini. Selepas itu, ‘saya tidak memiliki ketenangan dalam hidup’. Sudah tentu kamu tidak akan memiliki ketenangan. Mustahil. Ini kerana kamu menjadi hamba kepada syarikat kredit, kepada kad kredit. Bagaimana mungkin kamu akan dapat merasakan kebahagian hidup ini? Di manakah dapat kamu mencari kebahagiaan? Menerusi pengabdian? Mustahil.

Manusia dilahirkan bebas. Mereka telah diturunkan di dunia ini bebas dan itu adalah hak kelahiran yang telah Allah berikan kepada kamu. Semua orang tahu untuk berkata, ‘ Saya bebas’. ‘Tetapi terdapat rantai yang melilit tengkuk saya.’ Bukan sahaja di tengkuk, malah terdapat satu di tangan kanan dan yang satu lagi di tangan kiri. Dua rantai. Satu di kaki kanan dan satu lagi di kaki kiri. Empat rantai. Maka bersebabkan itulah mereka menggayakan pakaian suit dan bertali leher untuk mempamerkan ciri-ciri ‘manusia bertamadun’. Melilitkan rantai di keliling tengkuk mereka. Nefis, hawa, sheytan, dunia. Manusia sekarang ini dibelit empat rantai. Ego, keinginan, dunia dan Shaitan. Empat rantai. Jika kamu dapat meloloskan diri daripada rantai ini, maka kamu telah bebas. Bagaimana dapat kamu membebaskan diri sekiranya kamu sibuk bertugas dua puluh jam dalam sehari untuk syarikat kredit? Jika kamu sedang bersiap untuk pergi lebih dalam lagi dari ini, bagaimanakah dapat kamu menemui kebebasan itu? Mustahil.

Maka hari-hari yang penuh barakah ini telah datang dan pergi. Mengenai hari-hari mulia ini, Allah telah berfirman kepada kita, ‘berilah penghormatan yang sepatutnya kepada hari-hari tersebut Sekiranya kamu menunjukkan penghormatan itu, maka saya akan menyukai kamu. Saya akan membebaskan kamu.’ Di manakah kamu semua?
‘Saya tidak ada masa. Masa yang saya miliki adalah untuk berlari pada saat-saat terakhir ke masjid (itupun bagi mereka yang ke masjid. Di kalangan berbilion umat Islam, hanya segelintir sahaja yang kini ke masjid) dan saya akan berlari ke sana untuk jangka masa lima belas minit, dua puluh minit, satu jam lantas Shaitan akan membisik, ‘jangan berada terlalu lama di sini. Kau adalah kepunyaan aku. Kembalilah kepada pengabdian terhadap dunia.’ Dan kamu akan kembali berlari di dunia ini. Selepas itu, kamu mengadu, ‘saya tidak ada ketenangan.’ Sememangnya kamu tidak. Kamu tidak akan memiliki ketenangan itu. Jika kamu tidak merubah cara kamu…. ‘Sekiranya kamu tidak merubah diri kamu sendiri’, Allah subhana wa ta’alah berfirman, ‘Allah tidak akan menarik balik segala bebanan yang telah beliau letakkan ke atas dirimu.’ Kamu harus berubah. Kamu harus berniat untuk membuat perubahan itu. Seluruh umat islam harus tahu bahawa pada masa ini, mereka semua telah kehilangan arah tujuan. Dan mereka harus mencari jalan untuk menemui pembimbing. Allah subhana wa ta’ala berfirman, ‘Kamu sedang mencari jalan untuk menemui Allah? Kamu harus berikhtiar. Kamu harus walau dengan apa cara jua. Kamu harus mencari seorang pembimbing. Kamu tidak dapat membimbing diri kamu sendiri kerana kamu sendiri telah sesat di dunia ini.’

Maka pada bulan yang mulia ini, Alhamdulillah, merupakan bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad (sws). Eh, kamu menyintai Rasulullah(sws)? ‘Ya.’ Berapa banyak Salawatkah yang telah kamu lafazkan untuk Rasulullah (sws) di bulan ini? ‘Uh, uh, saya terlupa. Tidak terkira banyaknya.’ Begitulah cara Shaitan mendekati dan menipu kamu dengan berkata, ‘lakukanlah’. Setiap hari kamu bangun dari tidur dan berikan dua Salawat, tiga, empat, lima dan selepas itu,‘saya sedang sibuk di sini, saya sedang sibuk di sana.’ Hari ini telah tamat berlalu dan digantikan pula dengan hari esok, hari esok jua akan berlalu, digantikan dengan lusa, dan hari-hari berikutnya juga akan tetap berlalu. Pada setiap hari yang berlalu itu, kamu tidak akan menjadi lebih muda. Malah kamu bertambah tua. Setiap hari, kamu tidak akan mundur ke belakang, kamu akan maju setapak lagi ke kubur kamu, dan untuk menyelematkan diri di dunia ini, di dalam kubur dan juga di akhirat kamu harus berpegang teguh kepada Rasulullah (sws). Berpegang teguh kepada ajaran yang telah beliau sampaikan. Itu sahaja. Tiada yang lain. Sekira kamu tidak melakukan demikian, maka sudah pasti kamu mempunyai jalan yang lain. Kamu pasti sedang menuruti bimbingan dari seseorang. Besar kemungkinan ianya adalah ajaran yang telah kamu pelajari menerusi sekolah-sekolah Yahudi yang telah kamu tamatkan pengajian serta menerima latihan secukupnya. Kamu telah dilatih untuk bekerja di dunia. Itu sahaja. Maka bagi orang-orang ini, mereka hanya akan terselamat di dunia tetapi tidak di akhirat.

Allah subhana wa ta’ala berfirman kepada kita semua, ‘Allah serta para malaikatnya memuji sambil memberi Salawat kepada Rasulullah (sws). Wahai setiap orang-orang yang beriman, lakukanlah serupa ini.’ Sekiranya kamu tidak melakukan perkara-perkara yang lain selain daripada memberi Salawat tanpa henti kepada Rasulullah (sws), itu sudah cukup untuk membawa kamu ke tempat yang selamat kerana itulah jalannya. Itulah jalan selamat bagi manusia di seluruh dunia ini. Malangnya, umat Islam telah kehilangan arah tujuan kerana mereka meninggalkan Rasul mereka (sws). Mereka pergi ke masjid, mereka dirikan sholat, tetapi mereka masih tetap bermasalah. Ini kerana mereka tinggalkan Rasulullah (sws), mereka tinggalkan pembimbing ke jalan yang benar itu. Perkara yang serupa berlaku ke atas kaum Yahudi dan kaum Kristian dan juga kaum-kaum yang lain. Sewaktu ketibaan Rasulullah (sws), baginda memanggil mereka untuk menerima Islam, tetapi mereka berkata, ‘jika agama ini adalah untuk Allah, maka kami juga sedang menuruti Allah. Tidak perlulah.’

InshaAllah ar-Rahman, ini adalah bulan dan hari-hari mulia yang penuh dengan barakah. Jika kamu sedang mencari jalan keluar dari kekusutan yang sedang menghimpit hidup kamu, inilah salah satu daripada bulan dan hari yang mulia itu. Tetapi kamu harus berniat, dengan seikhlas hati. Janganlah kamu mematahkan niat yang murni itu. Beberapa perkara akan berlaku di sepanjang perjalanan hidup ini, tetapi jangan kamu merubah niat kamu. Ini yang seringkali berlaku. Kini, manusia berniat pada hari ini, tetapi esok lusa bila sedang berhadapan dengan beberapa masalah, merekan meninggalkan segala-galanya untuk berlari ke dunia. Setahun kemudian, mereka akan berkata, ‘Oh, saya tidak melakukan apa-apa! Oh!’ kehidupan pun berlalu. Azrail sedang menanti sama ada di belakang atau di hadapan kamu. Beliau itu tidaklah berada terlalu jauh. Kamu sebenarnya adalah orang tahanan yang terperangkap di antara dua nafas. Jangan lupakan itu. Larilah sekuat yang mungkin tetapi penghujungnya akan tetap menghampiri diri kami semua dan juga dunia ini. Begitulah kesudahannya. Tiada sesiapa yang akan dapat terlepas dari hakikat ini. Allah berfirman, ‘Jika kamu sedang mencari jalan untuk membebaskan diri maka pergilah. Lari. Aku membebaskan kamu di dunia ini tetapi kamu tetap berada dibawah kuasaku. Kamu tetap seorang hamba. Jika kamu tidak mahu menjadi hamba ku, jadilah hamba kepada dunia. Kamu akan menjadi hamba kepada ego kamu, kamu juga akan menjadi hamba kepada Shaitan.’

Apabila kamu keluar dari dunia ini, kamu tidak memerlukan begitu banyak wang. Kamu tidak memerlukan begitu banyak dari dunia ini. Kamu hanya memerlukan satu kad pengenalan dan kamu haruslah bekerja untuk mendapatkan kad pengenalan ini. Kamu harus bekerja untuk diberi kelulusan bagi memiliki kad pengenalan ini. Kini terdapat ramai orang yang berebut-rebut, ‘Saya inginkan kad hijau. Saya tidak boleh mendapat pekerjaan tanpa kad hijau itu.’ Dan mereka terus menerus berkejar-kejaran untuk melakukan apa sahaja yang dikatakan oleh kerajaan Amerika. Apakah kamu fikirkan tentang kad pengenalan kamu sendiri? Pernahkah kamu terfikir bahawa sejerus selepas kamu memasuki ke alam kubur, soalan pertama yang akan ditanya adalah, ‘Di manakah kad pengenalan kamu?’ Jika kamu tidak memilik kad itu, maka akan berkata, ‘Wahai hamba Allah, kamu tidak lulus. Kamu sekarang mempunyai masalah besar. Kamu tidak akan dapat melarikan diri lagi. Kamu tidak akan dapat berlari ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau ke belakang. Kamu tidak akan dapat menggerakkan kaki kamu. Dengarkan kata-kata ini sekarang kerana jika kamu tidak melakukan yang sewajarnya, kamu akan mendengar kata-kata ini di dalam kubur. Sebaliknya, jika kamu melakukan yang sebetulnya, kamu berkejaran untuk mendapatkan kad pengenalan kamu, maka kamu akan turut mendoakan saya.

Saya sendiri tidak mahu rasa begitu yakin yang saya akan mendapatkan kad pengenalan itu. Allah subhana wa ta’ala telah mengamanahkan kepada semua manusia dan berfirman, ‘Jangan begitu yakin, jangan begitu terlalu yakin. Saya sedang memerhatikan bahawa terdapat sebahagian daripada kamu yang menjadi mabuk dengan apa yang mereka lakukan. Mereka fikir yang mereka itu telah mencipta dunia ini. Kamu hanyalah seorang hamba. Kamu tidak akan dapat mencapai ke tahap yang selebih daripada itu. Jangan lupa. Hamba. Itulah gelaran yang tertinggi. Sekiranya kamu sedang mencari sesuatu selain daripada itu, maka kamu telah kecundang, kamu gagal. Jadi, kamu sedang mencari jalan untuk mendapatkan kad pengenalan yang berkata, ‘Seorang hamba Allah’. Itu sahaja.

Wa min Allahu tawfiq
Bihurmatil Habib
Bihurmatil Fatiha